click here :)

Jan 23, 2014

Haji Ismail & Snorkelling in Pulau Payar, Langkawi :DD

here we go,

sampai je kat Pulau Langkawi. kitorang terus je gi cari kaunter Shahkawi. kereta sewa dengan chalet semua dah setel. just ambik kunci dan bayar deposit. kitorang ambik kereta viva manual. ingatkan diorang hantar pergi chalet. rupanya kitorang kene drive sendiri. terpaksa la guna Waze. kalau waze faham-faham jela jalan jauhhh.

sebelum bertolak dari jetty Kuala Kedah kitorang ambik pakej snorkelling dengan Eko Megah. korang bayar deposit dulu. so, nanti sampai je kt Jetty Langkawi tu korang settlekan la bayaran yang selebihnya. peralatan snorkelling, lunch, trip hantar balik ke chalet semuanya rm98. locker je kena bayar rm20. kirenye korang boleh letak barang-barang korang kat situ. diorang akan jaga.

diorang akan bagi sticker & resit. sticker tu korang lekatkan kt baju korang.

 
ni laa chalet kitorang. tingkat 3. semput nak naik atas dengan beg bagai. adeii

disebabkan kitorang pun dah sampai petang. so, kitorang plan la gi Haji Ismail sebab esoknye dah g snorkelling dari pagi sampai petang. Haji Ismail ni dia dah buat bangunan baru. hotel pun ade. ape yang kitorang buat? haha. of course la angkut semua coklat-coklat kt situ. fikirkan kitorang bawak luggage kecik je. terpaksalah kitorang limitkan barang yang nak beli tu T.T

cc : tq encik google 

Snorkelling Day 



kitorang kene tunggu kat bawah pukul 8.15 pagi. nanti ade bas akan datang ambik. so, korang takyah susah gi jetty sendiri. transport semua dah ade :)


sampai je kat jetty Langkawi tu. korang gi kat kaunter. tunjuk resit. then diorang akan bagi coupon untk tiket feri & lunch coupun.

dia akan bagi tag ni. takyah risau. waterproof & susah nak koyak. haha !

haaa ! ni group kitorang satu ferry. ramai kan? 


ni lak ferry yang akan bawak kitorang ke Pulau Payar. sejam jugak la dari Jetty Langkawi ke Pulau Payar tu tapi sampai kt tengah-tengah  tu korang akan tukar naik bot kecik. alaa 5 minit je. kejap je. baju semua tu korang bawak spare lagi ok sebab dalam ferry tu sejuk kot. lau korang basah kuyup lagi lah sejuk. lagipun kat Pulau Payar ade toilet. 


welcome to Pulau Payar

takyah risau sape-sape yang tak reti berenang. life jacket ade. aku pun tak reti berenang. haha !












ni mat saleh tu punya keje. tq Handsome :p


tq amoi-amoi hot yang tolong ambik gambar kitorang banyak kali sebab lightning kureng. haha 

see you again Pulau Payar. *nanti nak mai ngan encik somi lerr :P*

p/s : esok lak sambung ehh . esaimen den belum terusik ni. hehe.

da habis baca? TQ

Jan 21, 2014

trip to Aloq Staq & Langkawi with roommates :) part 1

salam alaik :)
morning budak-budak sekalian.

sobsssss ! maaf hingus meleleh leleh ni. snorkelling punya pasal. cewahh. hehe. actually, baru je balik dari Alor Star, Langkawi & hometown, Kota Bharu, Kelate, haha. banyak tempat gituu. sebenarnya dah lame kot planning nak gi holiday bagai ni. macam-macam. nak gi Kota Kinabalu la, Bangkok la, last-last Langkawi yang kitorang pilih. nak pilih chalet la. cari kereta sewa la. tiket flight laa. fuhh. pening kepala.

Firstly, kitorang gi Alor Star dulu. sambil tu singgah dulu bertapa kat umah roommate ni alang-alang dah sampai sana. kitorang stay kt Kuala Nerang. agak jakun la bagi kitorang yang duk bandar ni. aku lagi laa. atuk nenek semua duk bandar. kampung pun kat bandar. bosan !


kitorang berempat naik bas ETIKA dari Kajang ke Alor Star. tiket bas tu almost rm50 rasenye. kitorang bertolak dari pukul 10.15 sampai dekat kol 5. pastu ayah member ni ambik. nak sampai rumah dia tu 1 jam jugak. lamaaa. huhu. yang bestnye rumah dia betul- betul kampung. mandi air telaga. fuhhh. SEJUKKK ! kt tepi rumah member ade pokok getah. penuh dengan pokok je. tak macam kat bandar. udara pun segar. seriously best sangat. ni la aktiviti kitorang masa kat Kuala Nerang :

- si Ila ni bawak kitorang ronda-ronda bandar Alor Star & Pekan Rabu






- ni lak keesokkan pagi before kitorang bertolak nk gi Jetty Kuala Kedah. pagi tu pusing satu kampung naik motor. haha 
ni kawasan rumah Ila. tepi tu pokok getah. hehe.







budak-budak jakun tak pernah jumpe padi. hahah




 - pukul 4 petang baru kitorang naik feri sebab feri lain semua dah penuh. 


ok. cite pasal langkawi kite sambung pasni ye. hehe. nak berebut bilik air sebab pasni confirm takde air >.<



da habis baca? TQ

Nov 11, 2013

positifkan diri mu. cewahh :D

salam.

selamat sore.

 disebabkan terlampau boring tak tau nak buat ape. baik aku update blog sikit. haha. lagipun mood rajin tu ade lagi.

 Think Positive? just nak share ape yang ade dalam kepala otak ni jer. pada pendapat aku laa kan. kite as a woman, lady, girl, princess & bla bla bla ni emotional sikit. tak kire la sebab ape pun. cakap sikit dah sentap. mula la nak muncung kerbau tu. hahaha ! lau orang laki lak buat derkk. buat rilek jer. sempoi jerr. diorang lagi cool dari kite.

dari sem lepas lagi aku try usahakan diri aku ni untuk cool macam laki. muahaha. ayatttttt ! takde la. aku kalau boleh tak nak pressurekan diri aku ni dengan benda-benda yang remeh-temeh. tak nak stress. lau stress tu cuba buat benda lain yang korang happy. tapi jangan la buat yang mengarut tak tentu pasal. kene ada limit die. lau aku stress aku layan movie. tak pun main game. tak pun MAKAN. haha ! yang tu confirm hilang stress. lagi satu. senyumm :) boleh hilangkan stress dan masam keriput kat muka tu. senyum sorang-sorang pun takpe. takde nya ambulan tanjung rambutan nak datang ambik korang.

 ramai sekarang yang warded tu sebab terlampau tension, stress dengan kerja. abah aku salah sorang. terlampau sibuk dengan kerja. stresss tak hingat dunia. tapi sekarang dah ok. balik jer kerja abah aku selalu lepak ngan ayam itik burung tuu. haha. jenguk ikan keli laa. dah benda tu boleh buat dia happy. so, go on je laa.

 aku suka layan gambar-gambar comel ni. sejukk mata memandang. so, it helps me relax and release tension :) ok. adios









xoxo,
Sarah
da habis baca? TQ

Newer Posts Older Posts Home